BANTUAN DAN PINJAMAN PENDIDIKAN
SIAP
1) Skim Insentif Anak Peneroka
(SIAP) mula diperkenalkan pada tahun 2004 bertujuan meringankan beban
kewangan anak-anak Peneroka dan sebagai sumbangan sagu hati FELDA kepada
anak-anak peneroka yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat
Diploma dan Ijazah ke IPTA/IPTS yang terpilih.
2) Syarat kelayakan permohonan SIAP adalah seperti berikut;
2) Syarat kelayakan permohonan SIAP adalah seperti berikut;
- a. Terbuka hanya kepada Anak Peneroka, Anak Tiri Peneroka atau Anak Angkat Peneroka yang berdaftar secara sah (sertakan salinan surat pendaftaran atau surat pengesahan)
- b. Mendapat tawaran peringkat Diploma dan Ijazah ke IPTA/IPTS yang terpilih
- c. Had Umur – Diploma (18 – 23 tahun)
- Ijazah (18 – 25 tahun)
3) Permohonan insentif ini mestilah dibuat di Pejabat Rancangan
FELDA masing-masing dengan mengemukakan salinan dokumen tersebut yang
telah disahkan;
- a.Surat tawaran rasmi kemasukan ke IPTA / IPTS yang terpilih
- b.Kad Pengenalan pemohon
- c.Kad Pengenalan Peneroka (ayah, ibu, atau penjaga)
- d.Penyata Pendapatan peneroka (paysheet) terkini
4) Pemohon yang tidak layak mendapat bantuan ini adalah seperti berikut;
-
a.Peneroka atau anak peneroka yang menetap di luar rancangan
-
b.Pelajar yang mendapat tawaran ke Matrikulasi / Program Asasi
-
c.Pelajar yang mendapat tawaran ke peringkat Sijil / Pra / Matrikulasi / Asasi (Foundation) /Briged politeknik / Sarjana (Master) / Doktor Falsafah (PhD)
-
d.Pelajar di bawah Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) / Program separuh masa (part-time) / pemohon yang telah bekerja
-
e.Penerima Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Luar Negara FELDA / pelajar yang mengikuti Kursus Latihan Kemahiran FELDAUNTUK LEBIH LANJUT SILA KE LAMAN RASMI KLIK SINI